
1.0PENGENALAN-Pembelajaran elektronik atau e-learning blog merupakan salah satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang menggunakan teknologi web dan Internet bagi menyokong proses P&P konvensional.
Ianya menawarkan pelbagai peluang tambahan bagi membantu proses P&P dan seterusnya menghasilkan
satu pengajaran yang lebih berkesan dan suasana pembelajaran yang lebih bermakna.
2.0 MATLAMAT PERLAKSANAAN ATAU PENGGUNAAAN E-LEARNING BLOGUNTUK SUBJEK MATEMATIK DI SMK TAMAN INDERAWASIH
Projek e-learningBlog smkti merupakan satu usaha dalam menyediakan peluang kepada guru dan juga pelajar memanfaatkan teknologi yang disediakan dalam proses P&P. Ia juga merupakan satu usaha untuk meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran di SMK Taman Inderawasih. Antara faedah yang dapat dicapai menerusi projek ini ialah :
• Meningkatkan minat dan seterusnya kefahaman pelajar terhadap mata pelajaran Matematik &Matematik Tambahan .
• Menyediakan kemudahan yang membolehkan pelajar belajar mengikut keperluan, kemampuan dan gaya pembelajaran yang digemari.
• Mendedahkan pelajar kepada peluang pembelajaran tanpa batasan
• Menggalakkan pelajar lebih berdikari serta mampu berfikir dengan lebih kritis dan kreatif.
3.0 KEPERLUAN ASAS
Sistem e-learning Blog ini boleh dicapai menggunakan mana-mana sistem komputer (PC, Macintosh, UNIX dan sebagainya) yang dihubungkan ke rangkaian computer atau Internet sama ada di dalam sekolah mahupun di luar kawasan sekolah.Bagi memastikan sistem e-learning yang disediakan dapat digunakan dengan lebih berkesan, anda digalakkan menggunakan perisian pelayar web atau browser Mozilla Firefox versi terkini.