Tema: 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
S
ambutan Bulan Kemerdekaan Kali Ke-52 Tahun 2009 Peringkat
Sekolah ini merupakan sebahagian daripada aktiviti Badan Ukhuwah Inderawasih (BUIH), Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Inderawasih yang mewakili Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Inderawasih yang dirancangkan khas. Program ini dilaksanakan bagi mengenang penat jerih dan pengorbanan guru selama ini.
A
ktiviti tahunan yang dianjurkan buat kesekian kalinya ini diharapkan dapat menjadi perangsang kepada seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Inderawasih untuk berdepan dengan cabaran tugas yang kian mencabar. Malah, penglibatan guru, pelajar, kakitangan bukan guru, dan wakil-wakil PIBG secara menyeluruh, diharapkan dapat direalisasi menerusi program ini nanti, InsyaAllah.