Dalam keghairahan kita mengejar waktu, kita seolah-olah lupa akan sejarah kita.
Dalam lembaran ini,jendela lama Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Inderawasih akan
dibuka semula.Sekolah Menengah Taman Inderawasih atau nama singkatnya SMKTI telah
mula dibina pada awal tahun 1994.
Setelah hampir setahun berbaldi-baldi peluh dicurahkan,
5 buah bangunan berdiri dengan keindahan yang tersegam indah. Kumpulan pelajar yang
pertama diambil pada 13 Mac 1995 iaitu hari pertama persekolahan
selepas cuti penggal. Seramai 150 orang murid pelajar dan 10 orang guru
mendaftarkan diri di sini.Walaupun angka ini adalah kecil, ia kian bertambah dari tahun
ke tahun sehingga kini.
Berkat dedikasi dan kesungguhan Encik Yusuh Osman, Encik Michael a/l T.S Rajoo,
Encik Choo Seng Hwa,Encik Rosman Md. Ajis, Encik Ong Yak Kuang, Encik Ang Thean Soon,
Puan Suhana Mohammad Zamri,Puan Saliza Ahmad dan Puan Teoh Chai Lan yang diterajui
Encik Ramly bin Mohd Ali, sebanyak 6 buah kelas berjaya dibuka iaitu 2 kelas tingkatan 2
dan 4 kelas tingkatan 1. Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar
walaupun baru sahaja dibuka.
Last Updated (Sunday, 12 July 2009 05:15)
Copyright © 2009 smkti.com perai p.pinang
Designed by i-cons.